utama

Balasan bunuh penuntut UiTM [METROTV]

Oleh Mohd Hafizee Mohd Arop

BEKAS tukang masak lelaki dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Taiping, hari ini selepas didapati bersalah membunuh penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Pulau Pinang, dua tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamed Zaini Mazlan terhadap Syarafi Abu, 27, selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Syarafi didakwa membunuh Nur Syuhada Johari, 20, penuntut UiTM kampus Permatang Pauh, Pulau Pinang di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dekat Bukit Gantang, 11.55 pagi 2 Februari 2015.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwaraya Yusaini Amer Abdul Karim, Amril Johari dan Mohd Azrul Faidz manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Nur Syuhada dipercayai dikelar di leher oleh lelaki terbabit yang juga tinggal sekampung dengannya ketika mereka menaiki kereta menghala arah selatan pada hari kejadian.

Mangsa meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar ketika mendapatkan rawatan.

FOTO Muhaizan Yahya

Disiarkan pada: May 12, 2017 @ 11:47am
d