utama

Penuntut UiTM maut dihempap pokok

Oleh Shahrul Nizam Mohamad

PENUNTUT Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor maut manakala enam lagi cedera selepas dihempap pokok tumbang Janda Baik, Bentong, hari ini.

Insiden dikatakan ketika menjalani aktiviti survival di air terjun Lata Charok, Janda Baik, pada kira-kira 4 pagi.

Penuntut yang masih belum dikenal pasti identiti meninggal dunia di tempat kejadian manakala enam yang cedera dikejarkan ke Hospital Bentong dan Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata 140 penuntut dan empat pensyarah menyertai aktiviti itu.

"Mereka tiba di kawasan air terjun berkenaan pada 11.30 malam tadi. Sepatutnya selesai pada kira-kira 5 pagi.

"Ketika menjalani aktiviti survival itu, sebatang pokok tumbang dan menghempap tujuh penuntut,” katanya.

Mohamad Mansor berkata, empat penuntut yang cedera dihantar ke Hospital Bentong manakala seorang ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan.

Operasi untuk mambawa turun mayat mangsa masih dilakukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong.

Disiarkan pada: May 13, 2017 @ 12:07pm
d