utama

Respek pakcik Krishnan, kak Sarimah

Oleh Norizzah Baharudin

PESARA guru berusia 83 tahun dan usahawan Tapai Pulut yang popular di Melaka terima Ijazah Sarjana Muda Universiti Terbuka Malaysia (OUM), hari ini.

Mereka menerimanya pada Majlis Konvokesyen ke-20 Zon Selatan OUM, di Dewan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh, Melaka Tengah.

A Krishnan dan Sarimah Abd Rashid, 46, adalah antara 600 graduan diraikan pada majlis konvokesyen itu, Johor termasuk 174 graduan antarabangsa dari Ghana, Somalia dan Vietnam.

Krishnan yang juga bekas guru perakaunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gemas, Negeri Sembilan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan.

"Saya ambil empat tahun untuk menamatkan pengajian. Walaupun pernah dimasukkan ke hospital, ia tidak mematahkan semangat untuk menggenggam segulung ijazah.

"Pengalaman sebagai guru perakaunan memudahkan saya untuk menyiapkan tugasan diberikan pensyarah," katanya.

Sementara itu Sarimah, bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaa selepas lapan tahun mengikuti pengajian.

"Kesibukan menguruskan perniagaan selain tanggungjawab kepada keluarga antara cabaran utama dalam mencapai impian ini.

"Walaupun memakan masa yang panjang, namun saya tidak akan mensesiakan atau melakukan separuh jalan kerana saya mahu buktikan bahawa kaum wanita juga mampu berjaya," katanya.

Disiarkan pada: May 13, 2017 @ 4:06pm
d