utama

VAT 69 menangis lihat Syafie

Oleh Amirul Haswendy Ashari

Suatu ketika dulu, pelakon dikenali melalui filem Muhsin, Syafie Naswip, 25, pernah menyuarakan kesukaran membawa watak lelaki dewasa kerana sering melakonkan watak remaja dan kanak-kanak.

Pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan setiap watak lelaki dewasa yang diberikan mendapat keadilan sewajarnya.

Ketika menjiwai watak lelaki dewasa berusia 28 tahun dalam drama Sape Dari Itali,dia terpaksa mengambil masa seminggu. Terbaru, Syafie diberi watak ASP Mohd Zabri dalam drama dokumentari lapan episod, Legasi 69 Komando.

Persiapan Syafie lain pula caranya kerana watak berdasarkan individu sebenar. Dokumentari itu menyentuh catatan perjalanan anggota komando VAT 69 dan Syafie membawa watak ASP Mohd Zabri, anggota komando VAT 69.

Katanya, dia teruja dan waktu sama terharu diberi peluang menjayakan dokumentari itu kerana wataknya berdasarkan individu sebenar.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 14, 2017 @ 3:28am
d