utama

Saingan terus sengit

Oleh AFP

Madrid: Perebutan gelaran La Liga Sepanyol akan berlanjutan hingga ke hari terakhir musim ini selepas kemenangan meyakinkan buat Real Madrid dan Barcelona kelmarin membolehkan mereka berkongsi 87 mata di puncak liga.

Madrid kekal mempunyai peluang cerah selepas juara Eropah itu menewaskan Sevilla 4-1 dengan baki dua perlawanan berbanding Barca yang hanya berbaki satu perlawanan.

Bagaimanapun Barca kekal di atas hasil rekod pertemuan apabila Neymar menjaringkan hatrik untuk menang 4-1 ke atas Las Palmas.

Madrid berkunjung ke Celta dalam perlawanan awal pagi Khamis ini sebelum bertandang ke Malaga manakala Barca menanti kunjungan Eibar pada hari terakhir Ahad ini.

Kekalahan Sevilla di Bernabeu juga mengesahkan mereka akan menamatkan musim di tangga keempat manakala Atletico Madrid yang seri 1-1 dengan Real Betis, layak secara automatik ke Liga Juara-Juara musim depan di tangga ketiga.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 16, 2017 @ 5:12am
d