utama

'Tergamak ibu dia buat macam ni'

Oleh Hadzlihady Hassan

MAYAT bayi perempuan masih bertali pusat ditemui berhampiran tong sampah di Kompleks Makanan Bayu Senja, Batu Ferringhi, di Georgetown, hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata mayat ditemui orang awam, kira-kira 9 pagi.

Menurutnya, mayat bayi terbabit dibungkus kain putih serta kain batik diletakkan dalam kotak.

"Pemeriksaan awal mendapati tiada kesan luka atau cedera pada mayat.

"Sehingga ini, kita masih menjalankan siastan lanjut dan mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedak siasat," katanya.

Disiarkan pada: May 16, 2017 @ 11:15am
d