utama

Tujuh jam di bumbung

Oleh Siti Nor Hidayatidayu Razali

LELAKI dipercayai penagih dadah menyerah diri kepada polis selepas hampir tujuh jam berada di bumbung rumah penduduk di Kampung Kedai Buloh, Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu, hari ini.

Lelaki berusia 30-an itu menyerah diri pada 5.20 petang selepas melarikan diri daripada ditahan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kota Bharu pada 11 pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Mohd Fakri Che Sulaiman berkata, ketika diserbu lelaki itu bersama tiga rakan berada di dalam sebuah rumah.

"Kita dapat menahan tiga rakannya, namun lelaki itu sempat melarikan diri dengan memanjat bumbung rumah penduduk.

"Anggota polis yang bertugas cuba memujuk dia turun kerana tidak mahu dia cedera, namun tidak berjaya. Kita juga mendapatkan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kota Bharu dan ahli keluarga yang dapat memujuk sehingga dia menyerah diri," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Disiarkan pada: May 16, 2017 @ 7:14pm
d