utama

Demi dunia dan akhirat

Oleh Ridzuan Abdul Rahman

Populariti pelakon Zaskia Adya Mecca, 30, di Indonesia amat besar. Pembabitan lebih 15 tahun sebagai anak seni meletakkan isteri kepada pengarah terkenal Hanung Bramantyo ini berada dalam kelas tersendiri.

Zaskia sinonim dengan drama genre dakwah dan paling menonjol ialah Para Pencari Tuhan yang menjadi sinetron wajib tonton peminat di sana setiap kali Ramadan.

Drama yang memasuki edisi ke-10 ini turut boleh dinikmati penonton Malaysia menerusi Indopek Bintang (Saluran 141) Astro bermula pada 26 Mei ini jam 4 petang dan ulangannya jam 5 pagi.

Zaskia mengakui matlamatnya bergelar anak seni bukan sekadar mencari rezeki semata-mata, sebaliknya turut mencari keredaan Allah.

“Ini adalah pilihan saya sejak memakai jilbab pada 2005. Sudah tersemat dalam fikiran saya bekerja untuk dapatkan dua perkara iaitu dunia dan akhirat.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 17, 2017 @ 3:40am
d