utama

Pegang pesan ibu

Oleh Sudirman Mohd Tahir

Gandingan pelakon, Mira Filzah dan Zizan Razak dalam telefilem berjudul Jula Juli Bintang Cinta yang ditayangkan Mac lalu membawa kepada episod baru dalam perhubungan mereka.

Apa tidaknya sepanjang proses penggambaran dijalankan sehingga telefilem arahan Osman Ali itu ditayangkan, ramai beranggapan pasangan ini dilamun cinta.

Malah, sehingga sekarang baik Mira atau Zizan kedua-dua mereka tidak boleh lari daripada terus dihimpit persoalan itu.

Pada masa sama, peminat mereka turut menaruh harapan tinggi supaya Mira dan Zizan bersatu sebagai pasangan kekasih seterusnya berkahwin.

Walaupun masing-masing sudah menafikan hubungan yang terjalin, namun timbul dakwaan mengatakan Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman, 24, pernah berjumpa bekas kekasih Zizan bagi bertanya lanjut mengenai diri pelawak popular itu.

Sejauh mana kebenarannya, bersama wartawan RAP Sudirman Mohd Tahir (sudirman@hmetro.com.my), Mira menjawab persoalan itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 17, 2017 @ 4:05am
d