utama

Belajar al-Quran dengan telefon

Oleh Asrizal Aris

Kuala Lumpur: Seramai 18 peserta termasuk 10 individu kategori hafazan dan lapan kategori tilawah memperdengarkan bacaan pada Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-59 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, semalam.

Peserta ketiga kategori Hafazan Sara Eltahir Elhadi Mohamed, 27, dari Sudan, antara hafizah istimewa yang mencuri perhatian dengan memperdengarkan bacaan yang sangat merdu walaupun cacat penglihatan.

Sara berkata, meskipun kebanyakan orang buta mempelajari bacaan al-Quran Braille, dia lebih selesa menghafaz al-Quran melalui pendengaran berbanding sentuhan.

“Saya belajar al-Quran menggunakan telefon pintar dengan mendengar bacaan Imam Makkah Sheikh Sudais.

“Bagaimanapun saya tetap menerima bimbingan dan ulang kaji daripada guru saya di sebuah sekolah di Sudan,” katanya di Hotel Sunway, di sini, semalam

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 17, 2017 @ 5:46am
d