utama

12 terkena 'ransomware' WannaCry

Oleh Reuters

SEKURANG-kurangnya 12 kes serangan 'ransomware’ WannaCry dikesan di Malaysia mengikut firma kesemalatan siber di Malaysia, LE Global Services, seperti yang dilaporkan Reuters.

Mengikut firma itu, antara kes atau insiden itu membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), firma berkaitan GLC dan syarikat insurans.

Bagaimanapun, laporan tidak pula menyebut entiti yang terbabit dalam insiden itu.

“Kita masih belum mendapat gambaran sebenar berikutan entiti terbabit tidak mendedahkannya kepada pihak berwajib di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif LE Global, Fong Choong Fook.

“Keadaan mungkin serius. Ini berikutan, satu daripada kes itu dikesan berlaku pada awal April,” katanya.

Portal berita Harian Metro, semalam, melaporkan Cybersecurity Malaysia menerima satu laporan daripada institusi akademi berhubung insiden itu dan percaya lebih banyak serangan berlaku tetapi tidak dilaporkan.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Datuk Dr Amirudin Abdul Wahab dipetik, berkata pentadbir sistem di semua organisasi diingatkan supaya berwaspada dan meneruskan tindakan yang perlu untuk melindungi dan menjamin infrastruktur rangkaian mereka daripada terjejas.

Menurutnya, pentadbir sistem dan pengguna diingatkan tidak memetik pautan yang dihantar bersama e-mel atau fail yang mencurigakan.

Berita berkaitan

Sila lapor, jangan senyap saja

Virus agensi Amerika punca WannaCry

Buru dalang 'ransomware'

Disiarkan pada: May 17, 2017 @ 2:34pm
d