utama

Metro@7 - 18 Mei 2017 [METROTV]

Oleh HM Digital

• Lebih 5,000 penyokong Kedah sanggup beratur sejak malam semalam di empat kaunter penjualan tiket di Stadium Darulaman Alor Setar, bagi menyaksikan final Piala FA di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

• Pelakon dan pelawak Sulaiman Yassin atau lebih terkenal dengan panggilan Mat Over tidak berasa kesal menampar penerbit filem Datuk David Teo kerana tindakan berkenaan untuk mengajarnya cara beradab di hadapan pemimpin.

• Penjual durian Mohd Rafi Yakop, 34, mengakui menjadi malu dan berasa bersalah kerana memanggil Tengku Puan Pahang sebagai kakak.

• Bekas pengurus kanan sebuah syarikat perdagangan antarabangsa dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas 27 lagi pertuduhan mengemukakan tuntutan pembelian palsu membabitkan RM50.9 juta, dua tahun lalu.

• Wanita dan menantu lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan mendera remaja, sejak 2010 hingga bulan ini.

• Polis tahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis mercun bernilai RM2,000 yang disimpan dalam sebuah Proton Waja di Kampung Gajah, Seri Iskandar.

• Seorang koperal polis direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Putrajaya, bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut sekitar Melaka.

Disiarkan pada: May 18, 2017 @ 7:40pm
d