utama

Alih makam elak puja

Oleh Zairee Mohd Yasak

Melaka: Hujan renyai mengiringi proses mengalihkan makam Nek Dayang yang dijalankan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) di Kampung Hailam, Tanjung Kling di sini, semalam.

Kewujudan makam terletak di tengah bekas perkampungan etnik Hainan sejak 1905 itu disedari orang ramai selepas penempatan itu dikosongkan dan tapaknya diratakan, 13 Mac lalu.

Difahamkan, Nek Dayang antara pendakwah dan penentang penjajah Inggeris tersohor di Melaka satu masa dulu dan kuburnya sengaja disorokkan atas sebab-sebab keselamatan termasuk mengelak daripada dibongkar pihak Inggeris.

Kehadiran makam yang kononnya mempunyai keramat itu menarik perhatian pihak tertentu yang turut menjalankan upacara pemujaan bagi mendapatkan nombor ramalan hingga menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 19, 2017 @ 5:53am
d