utama

Konsert berdarah

KONSERT penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande di Manchester Arena bertukar menjadi 'konsert berdarah' apabila sekurang-kurangnya 19 penonton terbunuh dan kira-kira 50 lagi cedera dalam letupan bom, disyaki serangan pengganas, malam tadi.

Berdasarkan kenyataan saksi, letupan berlaku ketika penyanyi itu beraksi di atas pentas dan dia dilaporkan selamat.

"Kira-kira 20 hingga 30 penonton dilihat terbaring selepas bom meletup, " katanya.

Dalam pada itu, dua pegawai Amerika Syarikat mendakwa kejadian didalangi pengebom nekad.

Katanya, siasatan punca kejadian kini menjurus kepada perbuatan pengganas.

Disiarkan pada: May 23, 2017 @ 10:51am
d