utama

[UPDATE] Menangis, menjerit...[VIDEO]

Oleh New York Times

Perkembangan terkini kejadian letupan di Manchester Arena

- 19 orang maut manakala 59 lagi cedera dalam kejadian letupan yang berlaku pada jam 10. 35 malam waktu tempatan di foyer luar dewan utama Manchester Arena.

- Perdana Menteri Britain Theresa May menyatakan kejadian itu dipercayai kegiatan pengganas

- Pasukan risikan dan anti pengganas Britain menyatakan pengebom berani mati menggunakan peranti letupan yang mengandungi nat dan bolt

- Letupan berlaku ketika konsert penyanyi pop, Ariana Grande di fasa terakhir dan penyanyi itu tidak mengalami sebarang kecederaan

Memetik laporan New York Times, saksi kejadian, Laura Bruce, 18, bersama kakaknya,Amy, 25,berada di ruang atas dewan ketika letupan berlaku.

"Semua orang yang berada di bawah kami berpaling sebelum berlari.

" Disebabkan kami berada di ruang atas, kami tidak dapat keluar lebih lima minit dan ketika berjaya keluar dari situ saya nampak seorang lelaki berjalan dalam keadaan berlumuran darah, " katanya.

Sophie Tedd, 25, yang datang dari Darlington untuk menyaksikan konsert itu bersama rakannya,Jessica Holmes menyangka hanya alat pembesar suara yang meletup.

"Kemudian, semua orang mula menangis sebelum menjerit.

"Mereka mula menolak dan ia mengambil masa beberapa minit untuk kami keluar. Polis sudah berada di luar ketika itu dan meminta kami berlari keluar dari stesen Victoria, " katanya.

Disiarkan pada: May 23, 2017 @ 11:45am
d