utama

[UPDATE] Ariana Grande kecewa, mohon maaf

"KECEWA. Saya minta maaf banyak-banyak. Tiada kata-kata yang dapat saya ungkapkan ketika ini," kata penyanyi pop terkenal Amerika Syarikat berhubung insiden 'berdarah' yang berlaku di konsert di Manchester Arena, malam tadi.

Penyanyi berusia 23 tahun itu melahirkan rasa kecewanya di laman twitter miliknya kira-kira jam 10.50 pagi tadi waktu tempatan.

Dalam konsert terbabit, sekurang-kurangnya 19 penonton terbunuh dan kira-kira 50 lagi cedera dalam letupan bom, disyaki serangan pengganas.

Berdasarkan kenyataan saksi, letupan berlaku ketika penyanyi berusia 23 tahun itu beraksi di atas pentas dan dia dilaporkan selamat.

"Kira-kira 20 hingga 30 penonton dilihat terbaring selepas bom meletup, " katanya.

Sementara itu rata-rata peminat Grande dilihat memberi sokongan terhadap penyanyi terbabit.

Kebanyakan mereka menganggap insiden darah terbabit berlaku bukan atas kesalahan penyanyi berkenaan dan tiada yang patut rasa bersalah ketika ini.

Disiarkan pada: May 23, 2017 @ 11:58am
d