utama

[UPDATE] Serangan didakwa guna bom paku

Oleh Agensi

POLIS Manchester mengklasifikasikan kes letupan di Manchester Arena sebagai kegiatan pengganas.

Memetik laporan New York Times, kejadian itu adalah yang terburuk menimpa negara itu selepas letupan bas dan kereta api bawah tanah di London pada 2005 yang mengorbankan 52 orang.

Namun, pihak berkuasa British yang sudah menggagalkan beberapa cubaan serangan pengganas dikatakan tidak terkejut dengan serangan terkini itu.

Berdasarkan pasukan risikan MI5, mereka sudah menetapkan amaran sederhana sejak beberapa bulan lalu dan tekanan tentera ke atas Daish di Iraq dan Syria menyebabkan serangan di negara lain.

Sementara itu, seorang saksi berkata, bom paku digunakan dalam serangan itu.

Kebiasaannya bom paku digunakan untuk menyebabkan kecederaan kepada mangsa selepas letupan berlaku.

Bom jenis yang sama digunakan dalam kejadian serangan ke atas hospital tentera di Bangkok semalam yang menyebabkan kecederaan terhadap lebih 24 orang.

Bom paku biasanya mengandungi objek tajam selain bebola besi dan pisau cukur yang mempunyai kapasiti pemusnah.

Disiarkan pada: May 23, 2017 @ 12:00pm
d