utama

[UPDATE] Cari ahli keluarga guna laman sosial

Oleh Reuters

AHLI keluarga dan rakan mangsa kes letupan di Manchester Arena menyiarkan gambar di laman sosial bagi mengesan keluarga masing-masing yang dikhuatiri hilang.

Memetik laporan Reuters, media sosial menjadi medium bagi keluarga dan rakan menyiarkan gambar malah ada yang memuat naik mesej tertera nama ahli keluarga yang masih gagal pulang ke rumah di media sosial.

"Mohon kongsi dengan semua, adik saya Emma berada di konsert itu malam ini #Manchester dan dia tidak mengangkat telefon ketika dihubungi, bantu saya," adalah antara mesej dimuat naik bersama gambar seorang remaja berambut perang dengan sekuntum bunga di kepala.

Satu lagi mesej Twitter menerusi pemilik akaun Erin, menggesa orang ramai membantunya mengesan adiknya, Whitney, yang memakai baju merah jambu dan jeans biru.

Pemilik akaun Twitter, Deplorable MrsK berkata, anak lelakinya berada di lokasi sama dan tidak mengangkat telefon ketika dihubungi.

Beliau turut memuat naik gambar anaknya dan merayu bantuan orang ramai.

Seorang saksi, Paula Robinson, 48, yang berada di stesen kereta api bawah tanah bersebelahan arena bersama suaminya dapat merasakan kesan letupan dan melihat puluhan remaja perempuan menjerit sambil berlari keluar dari arena.

Disiarkan pada: May 23, 2017 @ 12:59pm
d