utama

Polis syak penyerang letupkan diri

Oleh Agensi

BERIKUT antara gambar kejadian letupan bom yang menyebabkan 19 terbunuh, lebih 50 lagi cedera di sebuah stadium pada hujung konsert penyanyi Amerika Syarikat, Ariana Grande, hari ini.

Perdana Menteri Britain, Theresa May, mengesahkan pihak berkuasa negara itu mengklasifikasikan letupan bom itu sebagai serangan pengganas.

Daily Mail melaporkan, pihak berkuasa Amerika dan Britain mengenal pasti seorang lelaki yang disyaki melakukan serangan nekad itu namun ia belum disahkan.

Menurut Reuters, dua pegawai pihak berkuasa Amerika yang enggan nama mereka disiarkan, petanda awal menunjukkan serangan itu dilakukan pengebom nekad.

Letupan bom paku dan nat itu berlaku pada 10:35 malam waktu tempatan di ruang legar stadium yang boleh memuatkan 21,000 orang ketika orang ramai, sebahagian besarnya remaja dan kanak-kanak meninggalkan konsert menuju ke stesen kereta api bawah tanah.

Kejadian itu yang terburuk selepas serangan empat militan yang meletupkan diri mereka terhadap sistem pengangkutan awam London membunuh 52 orang pada Julai 2005.

Setakat ini, belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan berkenaan.

Disiarkan pada: May 23, 2017 @ 1:28pm
d