utama

Murid lapan tahun antara korban

Oleh Agensi

MURID sekolah berusia lapan tahun antara tiga daripada 22 korban serangan bom di Manchester yang sudah dikenal pasti dengan kumpulan Negara Islam (IS) mengambil kesempatan mendakwa melakukan serangan itu.

Murid itu dikenali sebagai Saffie Roussos selepas pihak berkuasa mengenal pasti pelajar kolej, Georgina Callander, 18, dan John Atkinson, 26, antara yang maut. Usaha mengenal pasti mangsa lain yang maut sedang dilakukan.

Menurut Daily Mail, sejumlah 59 mangsa yang cedera dirawat di hospital, termasuk sekurang-kurangnya 12 kanak-kanak, manakala 60 lagi dirawat di tempat kejadian.

Penyerang nekad yang meletupkan dirinya ialah lelaki kelahiran Britain dan berada dalam rekod pihak berkuasa negara berkenaan.

Polis kemudian menahan seorang lelaki berusia 23 tahun, juga dipercayai penduduk Britain di sebuah kedai di Chorlton dan sedang menyiasat kedua-dua mereka mempunyai kaitan.

Bom yang digunakan dalam serangan itu juga agak canggih menyebabkan pihak berkuasa yakin ia dibuat oleh pakar bom.

Polis turut menyerbu sebuah rumah di Fallowfield dipercayai tempat tinggal penyerang serta sebuah lagi rumah di Whalley Range.

Sementara itu, IS dil

I

Disiarkan pada: May 24, 2017 @ 12:03am
d