utama

Polis Manchester kenal pasti penyerang

Oleh Reuters

LELAKI yang menyebabkan 22 orang terkorban dalam serangan berani mati di konsert di Manchester, semalam sudah dikenal pasti identitinya.

“Saya boleh mengesahkan lelaki yang disyaki melaksanakan serangan semalam adalah Salman Abedi berusia 22 tahun,” kata Ketua Polis Manchester, Ian Hopkins.

Namun, Hopkins tidak memberi maklumat selanjutnya berhubung Abedi buat masa ini.

“Keutamaan kami adalah untuk menentukan jika dia melakukan serangan itu secara bersendirian atau sebahagian daripada rangkaian yang lebih besar,” katanya di Manchester, hari ini.

Sementara itu, dua pegawai Amerika Syarikat yang bekerjasama dengan pihak berkuasa Britain berkata, suspek dikenal pasti sebagai Salman Abedi atau Salman Ramadan Abedi dan dipercayai ke Manchester dari London menerusi kereta api.

Dalam kejadian semalam, 22 orang terkorban termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun dalam serangan bom ketika konsert bintang pop Amerika Syarikat, Ariana Grande.

Disiarkan pada: May 24, 2017 @ 1:14am
d