utama

Perjudi nasib pasukan

Oleh AFP

London: Sekalipun beliau menafikannya, pengurus Manchester United, Jose Mourinho mempertaruhkan musim kelab itu menerusi keputusan final Liga Europa menentang Ajax di Stockholm, awal pagi esok.

Sesudah terlepas kelayakan ke Liga Juara-Juara menerusi Liga Perdana Inggeris, United mesti menewaskan Ajax di Arena Friends untuk memastikan kembali beraksi dalam pertandingan elit kelab Eropah itu.

Mourinho jelas memperincikan keutamaannya dalam beberapa minggu terakhir dengan merehatkan pemain bagi aksi liga, namun beliau mendakwa masalah kecederaan United menyebabkannya tiada pilihan.

“Ia bukannya satu perjudian. Ia satu keputusan mudah,” jelas Mourinho, yang menurunkan skuad dengan purata usia 22 tahun dan 284 hari ketika menang 2-0 ke atas Crystal Palace pada aksi penamat musim di laman sendiri Ahad lalu.

“Apabila kami kehilangan pemain dalam tempoh 17 perlawanan dalam tujuh minggu, ia satu tugas mustahil. Ia bukannya perjudian, hanya tindak balas daripada situasi yang kami hadapi.”

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 24, 2017 @ 3:50am
d