utama

Petrol, diesel naik 4 sen

Oleh Hanafis Abd Haris

HARGA petrol RON95, RON97 dan diesel masing-masing naik 4 sen bermula jam 12.01 tengah malam ini bagi tempoh seminggu sehingga 31 Mei ini.

Menurut laman Facebook Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), harga terbaru itu menjadikan RON95 ialah 2.12 berbanding RM2.08 seliter manakala harga RON97 ialah RM2.40 seliter berbanding RM2.36 sebelum ini.

Diesel juga naik sebanyak 4 sen, menjadikan harga jualannya RM2.03 berbanding RM1.99 seliter.

Harga baru bahan api itu berkuat kuasa dari 25 Mei 2017 hingga 31 Mei 2017 selepas kaedah mingguan setiap Rabu dikuatkuasakan kerajaan berbanding secara bulanan sebelum ini.

Disiarkan pada: May 24, 2017 @ 6:09pm
d