utama

Kreativiti HYUKOH mengagumkan

Oleh Georgie Joseph

Ditubuhkan pada 2014, band HYUKOH dari Korea Selatan mencipta legasi tersendiri apabila menjadi satu daripada band indie paling berpengaruh di dunia.

Dianggotai Oh Hyuk selaku vokalis, Lim Hyun-jae (gitar utama), Im Dong-gun (gitar bass) dan Lee in-woo (dram), keunikan mereka nyata menjadi tarikan utama.

Tidak ketinggalan, karya yang ditampilkan begitu pantas menangkap halwa telinga ramai. Aura HYUKOH memang berada pada tahap tersendiri.

Selain itu, band terbabit berjaya membuang stigma bahawa hanya penyanyi pop di negara itu mampu membina nama besar.

Hadir berkunjung pertama kali ke Kuala Lumpur sempena festival Urbanscapes Malaysia, baru-baru ini, HYUKOH memberitahu semua pencapaian diraih kini adalah semata-mata kerana tuah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 25, 2017 @ 4:24am
d