utama

Pijak anak ludah sosej

Oleh Agensi

Beijing: Kerana tertekan disebabkan masalah kewangan dan gagal mendapat kerja, seorang ibu memijak perut anak perempuannya berusia dua tahun di tengah jalan di Zhejiang dalam video yang tular di China, baru-baru ini.

Ibu tunggal itu berkata, dia tidak dapat mengawal rasa kecewanya selepas menghabiskan seharian mencari kerja, termasuk menghadiri temuduga.

Kejadian 9 Mei lalu yang berlaku di luar pejabat agensi mencari kerja di Xiaoshan, wilayah Zhejiang mengejutkan pengguna Internet.

Wanita berusia 36 tahun itu dilihat duduk di atas kaki lima manakala anaknya yang tertiarap berhampirannya tidak berhenti menangis.

Dia mengejutkan orang ramai apabila tiba-tiba meluru ke arah anaknya itu dan memijaknya sebelum seorang lelaki cuba menarik serta mendukung kanak-kanak berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 25, 2017 @ 4:45am
d