utama

Metro@7 - 25 Mei 2017 [METROTV]

Oleh HM Digital

•Kanak-kanak perempuan berusia dua tahun lemas selepas terjatuh ke dalam baldi di pejabat teman lelaki ibunya di Meru, Ipoh, semalam.

•Wanita berusia 50-an dipercayai dalang utama penipuan pakej pajakan hotel di Makkah membabitkan kerugian keseluruhan RM15 juta.

•Ketua Bahagian Siasatan Jenayah sebuah daerah di Melaka ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan pusat urut di beberapa lokasi di Melaka.

•Dua letupan menggegarkan terminal bas di Kampung Melayu, di Jakarta Timur dan menurut polis, dua terbunuh, termasuk penyerang dalam kejadian kira-kira 9 malam tadi.

•Transit Aliran Massa (MRT) menjalankan latihan menyelamat dalam terowong dari Stesen Tun Razak di dalam kawasan Tun Razak Exchange.

Disiarkan pada: May 25, 2017 @ 7:21pm
d