utama

Dedikasi kepada mangsa bom

Oleh AFP

Stockholm: Paul Pogba mendedikasikan kemenangan kepada mangsa serangan pengganas di Manchester minggu ini selepas membantu Manchester United menang 2-0 ke atas Ajax pada final Liga Europa, awal pagi semalam.

Malam itu bermula dengan bertafakur selama seminit kemudian tepukan dalam kenangan terhadap 22 yang terkorban di Arena Manchester, Isnin lalu dan berakhir dengan United melengkapkan koleksi trofi mereka menerusi gol Pogba (minit ke-18) dan Henrikh Mkhitaryan (m-58).

“Kami bermain untuk mereka yang terkorban,” kata Pogba.

“Perkara ini amat dahsyat di seluruh dunia, di London dan di Paris. Kami keluar fokus untuk menang dan kami menang untuk Manchester dan negara.”

Peringatan terhadap serangan itu di mana-mana di Arena Friends, Stockholm, daripada lilitan lengan hitam United hingga ke sorakan “Manchester!’ daripada peminat mereka manakala Pogba sendiri bersedih dengan kematian bapanya baru-baru ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 26, 2017 @ 5:05am
d