utama

Angkara pelaburan haram?

Oleh Muhammad Apendy Issahak

Taiping: Kematian seorang lelaki yang dipercayai menggantung diri pada dahan pokok berhampiran Air Terjun Batu Pecah, Trong, di sini, Selasa lalu, menimbulkan tanda tanya apabila beberapa keratan akhbar dan kertas bertulis nama pengasas satu sindiket pelaburan yang kini disiasat polis berhubung kes penipuan membabitkan pelaburan lebih RM1.7 bilion, ditemui dilokasi kejadian.

Dalam kejadian jam 12.15 tengah hari, mayat mangsa, Yeng Yong Sooi, 54, berasal dari Trong, ditemui dalam keadaan kepalanya tergantung dengan tali nilon di pokok, manakala sebelah kakinya di atas motosikal dan sebelah lagi tergantung.

Abang mangsa, Yeng Ah Let, 59, berkata, pada hari kejadian, adik bongsunya itu keluar rumah jam 10 pagi dan dia mendapat maklumat mengenai penemuan mayat pada jam 1 tengah hari.

“Saya terus bergegas ke lokasi kejadian yang juga kawasan air terjun yang sering dia pergi mandi masa kecil dan terkejut menemui mayatnya tergantung di dahan pokok.

“Apabila saya memeriksa, saya menemui keratan akhbar dan kertas bertulis nama individu yang heboh diperkatakan di media susulan ditangkap polis untuk siasatan kes sindiket penipuan pelaburan wang asing.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 26, 2017 @ 6:21am
d