utama

'Tiada hari tak rindu'

Oleh Ibrahim Isa

Johor Bahru: “Tiada hari yang berlalu tanpa kami merindui telatah arwah, inikan pula menjelang Ramadan,” kata Ahmad Motai, 67, datuk bekas murid Madrasah Tahfiz Al Jauhar, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan kuman, 26 April lalu.

Ahmad berkata, pada setiap kali Ramadan, arwah sekeluarga berbuka puasa bersama di rumahnya di FELDA Bukit Aping Timur, Kota Tinggi.

Menurutnya, arwah seorang yang ceria dan rapat dengan semua sepupu menyebabkan kehilangannya sangat dirasai.

“Setiap Khamis, keluarga arwah berkunjung ke sini untuk melawat saya mungkin disebabkan jarak rumah mereka yang dekat di Ulu Tiram.

“Keadaan itu menyebabkan arwah rapat dengan semua sepupu dan mereka sentiasa menantikan kehadirannya untuk melakukan pelbagai aktiviti,” katanya berkongsi perasaan mengenai ketiadaan arwah pada Ramadan kali ini.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 27, 2017 @ 4:14am
d