utama

Dari 2kg kini 50kg ikan

Oleh Zatul Iffah Zolkiply

Kuala Terengganu: Percaturan ibu kepada empat anak meninggalkan kerjaya bagi memberi tumpuan kepada anak yang membesar dengan memulakan perniagaan popia mini simpul serunding ikan dan tart keju membuahkan hasil apabila meraih pendapatan berlipat ganda.

Lebih menarik, perniagaan diusahakan Norazilla Hasni, 43, mendapat sokongan penuh suami, Nurhadi Mohamad Rom, 41, yang turut berhenti kerja membantunya.

Perniagaan dinamakan Nuraz Delight bukan hanya menyediakan popia mini simpul serunding ikan dan pelbagai jenis tart keju, biskut pelangi dan popia rumpai laut yang mempunyai pelanggan tetap di Kuala Terengganu, Kuala Lumpur, Kedah, Negeri Sembilan, Johor dan Kelantan.

Menurut Norazilla, perniagaannya bermula pada 2008 dengan menjual popia mini simpul serunding ikan sekitar Gombak dan rakan sekerja, malah suaminya memainkan peranan mencari pelanggan.

“Saya bermula dengan hanya dua kilogram (kg) ikan untuk diproses menjadi serunding dan ketika itu, suami yang masih bekerja mempromosikan popia serunding itu kepada rakan sekerja dan kedai runcit di ibu negara.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 28, 2017 @ 3:34am
d