utama

'Messi macam makhluk asing'

Oleh AFP

Madrid: Aksi luar biasa Lionel Messi membantu meraih trofi untuk mengakhiri kempen Barcelona selain hadiah perpisahan istimewa buat jurulatih Luis Enrique apabila kelab Catalunya itu mempertahankan gelaran Piala Raja Sepanyol dengan kemenangan 3-1 ke atas Alaves, awal pagi semalam.

Messi membuka jaringan dan kemudiannya membantu jaringan Neymar dan Paco Alcacer membolehkan Barca menjulang gelaran itu buat kali ke-29 selepas sepakan percuma Theo Hernandez membolehkan Alaves menyamakan kedudukan buat seketika.

Kemenangan itu bermakna Enrique mengakhiri tugasnya selepas tiga tahun dengan menjulang sembilan trofi termasuk piala setiap tahun kendaliannya.

Bagaimanapun, Messi sekali lagi memberi inspirasi buat Barca untuk bangkit daripada kekecewaan akibat kehilangan gelaran La Liga kepada Real Madrid hujung minggu lalu dengan aksi solo menakjubkan.

“Dia luar biasa, seperti mahluk asing,” kata Enrique mengenai Messi.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 29, 2017 @ 9:29am
d