utama

Apalah nasib kami berlapan...

Oleh Adnan Ibrahim

Kluang: “Mujur ada rumah nenek untuk menumpang teduh. Jika tidak kami lapan beranak tidak tahu nak tuju mana lagi,” kata Shilla Borhan, 32.

Dia bersama tujuh anak ditemui di rumah neneknya, Alimah Said, 72, di Kampung Gunung Lambak 2, di sini, semalam.

Menurutnya, dia bersama anak berusia tujuh bulan hingga lapan tahun tiada pilihan selain mengharapkan ihsan nenek selepas ditinggalkan suami tanpa sebarang nafkah serta perbelanjaan dapur sejak lima bulan lalu.

Katanya, mereka sebelum ini menyewa di Taman Seri Impian, di sini, namun terpaksa keluar dari rumah itu selepas tidak mampu membayar sewa.

“Suami sering bertukar kerja menyebabkan kehidupan kami terhimpit dengan masalah kewangan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 29, 2017 @ 10:18am
d