utama

Ajal tumbuk pintu kaca

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

LELAKI ditemui mati akibat parah pada tangan selepas menumbuk pintu kaca kedai telefon pintar di Alamanda Pudu UIu, Jalan Cheras, ketika mabuk, hari ini.

Dalam kejadian pada 6 pagi itu, lelaki terbabit dikatakan bertengkar dengan dua rakannya, termasuk seorang wanita ketika melalui kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, lelaki itu kemudian dipercayai mengamuk dan menumbuk pintu kaca kedai telefon pintar menyebabkan kecederaan serius pada tangannya.

Katanya, mangsa berusia 28 tahun itu kemudian merangkak kira-kira 60 meter dari kedai berkenaan sebelum tidak sedarkan diri.

"Pengawal keselamatan yang berada di lokasi kejadian menghubungi polis sebelum disahkan meninggal dunia.

"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),"katanya.

Disiarkan pada: May 29, 2017 @ 6:28pm
d