utama

Luah rasa rindu

Oleh Syanty Octavia Amry

Lama tidak berlakon, Elfira Loy akui rindu untuk beraksi di kaca tv.

Dia yang kini semakin aktif dengan bidang pengacaraan terpaksa melupakan sementara hasrat itu kerana terikat dengan banyak perkara.

Bertemu gadis genit ini baru-baru ini, Elfira, 23, yang dilantik sebagai duta Terima Kasih TV3 & TV9 berkata, kali terakhir dia berlakon drama dua tahun lalu ketika belum bertudung.

“Saya memang rindu sangat-sangat hendak berlakon sehinggakan ada yang bertanya adakah saya sudah tidak berminat berlakon?

“Nak buat macam mana sebab saya memang sibuk dengan banyak perkara seperti perniagaan dan memberi ceramah,” katanya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: May 30, 2017 @ 4:18am
d