utama

Angkara penumpang mabuk

Oleh Mohd Hanafis Abd Haris

PESAWAT Malaysia Airlines, MH128 yang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Tullamarine di Melbourne, semalam, berpunca daripada penumpang mabuk yang membuat gangguan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, berkata, suspek dipercayai warga Sri Lanka.

Menurutnya, sehingga kini beliau masih belum menerima maklumat sama ada pesawat akan berlepas semula.

"Saya ingin menyeru supaya orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi membabitkan aktiviti keganasan.

"Malaysia Airlines sentiasa mengamalkan tahap keselamatan yang tinggi dan saya dimaklumkan bahawa semua anak kapal berjaya mengawal penumpang terbabit," katanya.

Disiarkan pada: June 1, 2017 @ 1:29am
d