utama

Ahmad Mujahid ikut jejak bapa [METROTV]

Oleh Idris Musa

Kuala Lumpur: “Sewaktu saya kecil dulu, ayah menjadi imam solat Tarawih di Masjid Negara dan sekarang, saya pula mengikut jejaknya,” kata Ustaz Ahmad Mujahid Salleh Sani, 32, yang dilantik sebagai imam jemputan solat Tarawih di Masjid Negara.

Menurutnya, masjid itu menyimpan banyak kenangan, malah memberikan makna tersendiri kepadanya kerana bapanya juga pernah menjadi pensyarah al-Quran di situ.

Ahmad Mujahid yang pernah muncul juara kategori lelaki Majlis Menghafaz al-Quran Peringkat Kebangsaan pada 2010 dipertanggungjawabkan untuk memimpin solat Tarawih di Masjid Negara sepanjang Ramadan ini dengan bacaan satu juzuk al-Quran setiap malam.

Pemilihan beliau selaku anak tempatan memecahkan tradisi kerana pada kebiasaannya beberapa tahun sebelum ini imam bagi solat Tarawih di masjid itu adalah dari Timur Tengah.

Katanya, walaupun kali pertama mengimamkan solat Tarawih di Masjid Negara, ia bukanlah suatu yang sukar baginya kerana ada pengalaman menjadi imam Tarawih di tempat lain seperti Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 2, 2017 @ 6:04am
d