utama

'Rumah bergegar' [UPDATE]

Oleh Muhamaad Razis Ismail

“RUMAH saya bergegar seperti mahu runtuh selepas van merempuh hadapan rumah,” kata pemilik rumah Azrin Hassan, 41, di Kampung Telekong, Kuala Krai.

Azrin berkata, ketika kejadian dia sedang berehat bersama keluarganya di ruang tamu rumah.

Katanya, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat di hadapan rumah sebelum rumahnya bergegar.

"Kami keluar terkejut melihat van dalam keadaan terbalik di hadapan rumah.

"Saya terus bergegas ke hadapan rumah dan terkejut melihat lebih 10 remaja berada di dalam van berkenaan.

"Saya terkejut dan tidak mampu berbuat apa-apa, sebelum orang awam datang membantu mengeluarkan mangsa," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Dalam kejadian itu kira-kira 9 pagi itu, lima pelajar tahfiz maut selepas van yang dinaiki terbabas sebelum merempuh rumah di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-KotaBharu di Kampung Telekong, Kuala Krai, pagi tadi.

Semua mangsa berusia 15 hingga 17 tahun maut di tempat kejadian akibat parah.

Sembilan pelajar dan pemandu yang dilaporkan parah dikejarkan Hospital Kuala Krai dan Hospital Machang untuk rawatan lanjut.

Disiarkan pada: June 2, 2017 @ 1:24pm
d