utama

Semoga roh mereka dicucuri rahmat [METROTV]

Oleh Muhamaad Razis Ismail

TIGA pelajar pusat Tahfiz Al Hashimi, Tualang selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Tahfiz Al Hashimi, Tualang, Kuala Krai 12.10 tengah malam hari ini.

Tiga jenazah itu adalah Mohamad Hafiz Aimullah Mustafa, 18; Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16; dan Mohd Hakimi Mohd Dahlan, 17.

Terdahulu, tiga jenazah itu disembahyangkan bersama Allahyarham Muhamad Rahman Rozali, 17, di Masjid Al Hasyimi di sini.

Jenazah Muhamad Rahman bagaimanapun dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai, Bachok.

Lebih 100 orang termasuk ahli keluarga, guru dan pelajar hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.

Tiga lagi masing-masing Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14, di Panji, Kota Bharu;Ahmad Farhan Zulkifli,14, di Seri Jaya, Dabong dan Sarifuddin Muhammad, 14, di Thailand.

Harian Metro melaporkan tujuh pelajar Tahfiz Al Hashimi, Tualang, Kuala Krai meninggal dunia apabila van dinaiki mereka terbabas merempuh sebuah rumah di Kilometer 55, Jalan Kuala Krai-Kota Bharu di Kampung Telekong, Kuala Krai, jam 9.30 pagi semalam.

Disiarkan pada: June 3, 2017 @ 1:08am
d