utama

Memalukan!

Oleh Firdaus Hashim

Kuala Lumpur: Isu tunggakan gaji membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dengan bekas pengendali skuad bawah 22 tahun negara (B-22) Frank Bernhardt disifatkan sebagai memalukan kerana kes seumpama itu tidak pernah berlaku di rantau ini.

Bekas Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Datuk Peter Velappan berkata, sepanjang 29 tahun bersama badan itu dari 1978-2007, beliau tidak pernah berdepan isu mengenai kegagalan persatuan bola sepak sesebuah negara menyelesaikan tunggakan gaji kepada jurulatih atau pemain.

“Ketika zaman saya dulu, kami (AFC) banyak menerima aduan mengenai hutang antara jurulatih dan pemain dengan kelab saja, tapi kes membabitkan persatuan kebangsaan ini yang pertama kali.

“Sudah tentu jika benar FAM tidak membayar pampasan gaji bekas jurulatih itu (Bernhardt), ia memalukan nama Malaysia serta AFC sekiranya kes berkenaan dibawa ke pengetahuan FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa),” katanya kepada Arena Metro, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 3, 2017 @ 5:05am
d