utama

Pengalaman jadi ukuran

Oleh Rudy Imran Shamsudin

Kontroversi membabitkan pelawak Sulaiman Yassin atau Mat Over, dan penerbit filem, David Teo ketika majlis dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan penggiat seni, baru-baru ini sudah pun reda.

Kemelut yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik tetapi ia tetap terpahat dalam sejarah industri seni sekali gus menyifatkan penggiat seni sering terkait dengan pergaduhan dan perselisihan faham.

Dalam isu ini, ramai meletakkan kesalahan pada moderator, Datuk Rosyam Nor yang disifatkan gagal mengawal keadaan. Tambah memburukkan keadaan apabila suara Rosyam membisikkan sesuatu jelas kedengaran dalam rakaman yang mampu didengar umum.

Dalam hal ini, nama Datuk Aznil Nawawi disebut sebagai calon lebih layak memikul tanggungjawab sebagai moderator bagi majlis itu berdasarkan pengalaman besarnya dalam dunia pengacaraan. Malah nama Suhaimi Sulaiman juga disifatkan antara yang layak.

Walaupun isu ini sudah reda, Selebriti Metro Ahad berkongsi komen Aznil apabila namanya dikaitkan dan bagaimana pula situasinya andai perkara sama berlaku padanya jika mengendalikan program sedemikian rupa.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 4, 2017 @ 1:48am
d