utama

Kini semua boleh jadi drebar

Oleh Syazwan Msar

Kuala Lumpur: Mereka bukan calang-calang orang kerana pernah menyandang jawatan penting dalam syarikat termasuk jurutera, pengurus syarikat, akauntan termasuklah pelakon serta penyampai berita.

Tanggungjawab yang dipegang melayakkan mereka dibayar gaji mencecah lima angka namun demi kepuasan dalam hidup dan ingin mencuba sesuatu yang baru, mereka sanggup melepaskan jawatan dan gaji besar berkenaan dengan menjadi pemandu Grab atau Uber Car untuk sumber pendapatan baru.

Kebanyakan golongan profesional ini bukan mengalami kesempitan hidup atau tidak dapat mencari makan untuk meneruskan kehidupan masing-masing namun memilih kerjaya berkenaan atas pelbagai alasan.

Antara individu berkenaan adalah penyampai berita sambilan TV9 Fadhil Mohamad Isa, 32, yang memilih kerjaya itu berikutan mudah dan fleksibel dalam merangka waktu kerja.

Fadhil menjadi pemandu Grab Car sejak dua tahun lalu berkata, kerjaya itu tidak menjatuhkan status seseorang malah memberi peluang untuk berhadapan dengan orang ramai.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 4, 2017 @ 1:58am
d