utama

Kejutan ketika hendak bertarawih

Oleh Ridhatul Rizki

“SANGAT menyedihkan kerana berlaku pada Ramadan ketika umat Islam di sekitar ini mahu menunaikan solat Tarawih.”

Itu kata penuntut Malaysia di London, Anisah Mohd Farid, 22, mengenai serangan di beberapa tempat di kawasan berdekatan London Bridge.

Anisah yang menetap tidak jauh daripada kawasan serangan, berkata polis mengarahkan penduduk kawasan itu supaya tidak keluar rumah.

“Sehingga 3.20 pagi (10 pagi Malaysia), saya masih boleh mendengar bunyi siren polis dan ia lebih kerap dari biasa,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Terdahulu, Transport for London (tfl) melaporkan berlaku ‘kemalangan buruk’ di atas London Bridge berikutan terdapat van melanggar orang ramai selepas terbabas dan naik atas batas kaki lima laluan pejalan kaki, awal pagi ini.

Menurut laporan Reuters pula, dua lelaki dikatakan masuk ke restoran di Borough Market, kawasan berdekatan London Bridge dan menikam dua orang di dalam premis berkenaan.

Berita berkaitan

'Van menggila' atas London Bridge

Saksi nampak orang kena tikam

Tujuh maut, tiga penyerang mati ditembak

Penyerang pakai jaket bom palsu

Disiarkan pada: June 4, 2017 @ 1:12pm
d