utama

'Laluan bukan mudah'

Oleh Najiy Jefri

Jalan kehidupan setiap manusia pastinya ada evolusi tersendiri. Begitulah yang dilalui pendatang baru, Fikry Ibrahim, 23.

Siapa sangka, selepas diumumkan pemenang tempat ketiga dalam program Lawak Solo September tahun lalu, lonjakan momentum Fikry yang sedang menjadi sebutan menerusi drama rantaian Hero Seorang Cinderella boleh dikatakan sesuatu yang luar biasa.

Impak kehadirannya benar-benar menerpa ke setiap mata sejak drama itu disiarkan dua minggu lalu. Dipuji lakonan bersahajanya mampu mencairkan hati penonton, lelaki berkulit hitam manis ini dengan pantas meluahkan rasa apa yang dikecapinya itu tidak datang dalam sekelip mata.

Ujar jejaka tampan yang dibesarkan di Kampung Napoh, Kedah ini, susur perjalanan kerjaya seninya tidaklah seindah seperti yang disangkakan.

“Selepas program Lawak Solo berakhir, hampir tiga bulan saya ‘menganggur’ tanpa sebarang tawaran. Ketika itu terbit rasa putus asa dan mengambil keputusan pulang ke kampung halaman untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 5, 2017 @ 7:37am
d