utama

Tak buat pemeriksaan jantina

Usia kandungan isterinya sudah mencecah enam bulan. Bagi pelakon Hafidz Roshdi, 23, dia tidak sabar menanti kehadiran cahaya mata yang bakal melengkapi kebahagiaan rumah tangga bersama isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.

“Terus terang, sambutan Ramadan pada tahun ini cukup bermakna kerana saya banyak melayan kerenah isteri yang berbadan dua.

“Selain mengalami alahan, isteri juga mengidam macam-macam makanan termasuk jeruk. Mujur apa yang diminta senang nak cari. Antaranya, isteri mengidam sayur rebung masak putih yang dimasak ibunya,” kata Hafidz.

Pelakon yang dikenali menerusi drama Tundukkan Playboy Itu berkata, dia juga berpeluang merasai juadah kegemaran yang juga air tangan isterinya sepanjang Ramadan ini.

“Walaupun hamil, isteri tak suka duduk diam dan dia juga suka memasak sajian untuk berbuka serta bersahur.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 6, 2017 @ 2:39am
d