utama

Nak beli baju raya sendiri

Oleh Hassan Omar

Alor Gajah: “Kami mahu berdikari bukan lagi bergantung kepada ibu bapa untuk mendapatkan wang poket atau beli baju baru untuk dipakai pada Aidilfitri nanti.

“Walaupun berpuasa, saya dan dua lagi rakan sanggup ke laut menangkap ikan untuk tampung perbelanjaan pada Aidilfitri nanti,” kata Ismail Abdul Rahim, 17.

Sepanjang cuti sekolah pada Ramadan kali ini Ismail bersama dua rakan sebayanya, Farihin Mizan dan Mohd Haiqal Zulkepli memanfaatkan masa mereka dengan ke laut untuk menangkap ikan seperti tamban, beliak mata, belanak dan selangat kemudian dipasarkan sendiri atau dijual kepada peraih.

Ketiga-tiga pelajar Sekolah Menengah Arab Darul Falah, Kuala Sungai Baru itu, pada kebiasaannya menjaring ikan di pinggir pantai di Kampung Kuala Pantai, Kuala Sungai Baru, di sini.

Mereka bertiga ke laut menggunakan perahu gentian kaca dilengkapi enjin sangkut milik bapa Ismail, Abdul Rahim Ahmad, 54.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 7, 2017 @ 5:35am
d