utama

Serang Parlimen Iran

Oleh Agensi

EMPAT lelaki bersenjata melancarkan serangan berasingan di Parlimen di Teheran dan di makam Ayatollah Khomeini di selatan ibu negara Iran itu, hari ini menyebabkan seorang pegawal Parlimen maut dan beberapa orang cedera.

Laman web televisyen Iran memetik anggota Parlimen Elias Hazrati sebagai berkata, tiga penyerang, seorang daripadanya bersenjatakan pistol dan dua bersenjatakan raifal AK-47, menyerang Parlimen.

Agensi berita ISNA pula memetik seorang anggota Parlimen lain sebagai berkata, semua pintu masuk ke Dewan itu ditutup dan seorang daripada penyerang dikepung anggota pasukan keselamatan.

Dalam kejadian berasingan, seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di makam Khomeini, menyebabkan beberapa orangcedera, menurut laporan agensi berita Fars.

ISNA memetik sumber tidak diketahui sebagai berkata, penyerang di makam itu meletupkan dirinya.

Identiti dan motif serangan tidak jelas.

Disiarkan pada: June 7, 2017 @ 3:54pm
d