utama

SPRM angkut lebih lima beg [METROTV]

Oleh Kalidevi Mogan Kumarappa

SEPASUKAN 25 pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tadi tiba di Menara Felda hari ini dipercayai untuk mengambil dokumen berkaitan siasatan terhadap Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

Mereka mula tiba di pekarangan bangunan itu bermula jam 10 pagi secara berperingkat sebelum menaiki lif ke pejabat Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV di tingkat 45.

Mereka membawa lebih lima beg untuk mengisi dokumen yang akan diambil.

Suasana di lobi menara felda juga dilihat meriah dengan kehadiran puluhan wartawan dari pelbagai agensi tempatan dan luar negara.

Semalam, Datuk Zakaria Arshad memberi keterangan berhubung dakwaan terhadapnya mengenai isu tunggakan bayaran syarikat Aafitex kepada Delima Oil Product.

Beliau juga difahamkan turut menyerahkan beberapa dokumen kepada pegawai SPRM di Putrajaya.

Berita berkaitan

SPRM dah mula masuk FGV

Zakaria diarah cuti [METROTV]

SPRM akan panggil Zakaria

Disiarkan pada: June 8, 2017 @ 1:41pm
d