utama

Metro@7 - 9 Jun 2017 [METROTV]

Oleh HM Digital

• Tiga lelaki dan seorang wanita Vietnam direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang pemandu Uber cedera dipukul sekumpulan lelaki selepas didakwa mencabul wanita Vietnam itu di Paya Terubong, Selasa lalu.

• Polis menumpaskan sindiket curi susu rumusan bayi di pasar raya dan kedai serbaneka 24 jam didalangi 'Geng Susu Kangkang' hasil penahanan empat suspek di Kota Damansara, kelmarin.

• Pelakon Lydiawati dikenakan hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang di Kuala Lumpur, selepas mengaku bersalah memukul peniaga wanita warga Brunei menggunakan besi, Mac tahun lalu.

• Bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar, menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri, Datin Seri Sabaniah Ahmad Sabri dan tiga anak serta ahli keluarga terdekat.

Disiarkan pada: June 9, 2017 @ 6:34pm
d