utama

Julia Perez meninggal dunia

Oleh Agensi

Jakarta: Penyanyi dan pelakon Indonesia, Julia Perez atau lebih dikenali sebagai Jupe, meninggal dunia hari ini setelah sekian lama menghidap kanser.

Berita mengenai kematian Jupe diumumkan oleh adiknya, Anggit, menerusi akaun Instagramnya @anggitheperez.

"Innalillahiwainnailaihirojiun telah berpulang kakak kami tercinta Julia Perez," tulis Anggit.

Dia juga meminta semua pihak mendoakan kakaknya sambil mengucapkan terima kasih kepada bantuan yang diberikan kepada Allahyarham ketika menjalani rawatan. - Agensi

Disiarkan pada: June 10, 2017 @ 1:59pm
d