utama

Iftar santai sarat pengisian

Oleh Aniza Zainudin

Menanti laungan azan Maghrib memuji kebesaran Allah SWT untuk berbuka puasa, kebanyakan pengunjung program Iftar@KL lebih senang bersimpuh di atas tikar di Jalan Raja dengan berlatarbelakangkan Bangunan Sultan Abdul Samad, sambil dikelilingi ahli keluarga, teman dan orang asing.

Berbalas senyuman manis antara pengunjung memeterai perkenalan ukhuwah tidak formal sekali gus membuktikan objektif penganjuran program berbuka puasa beramai-ramai di pekarangan Dataran Merdeka ini tercapai.

Memperkenalkan konsep iftar secara santai penuh pengisian bagi menyemarakkan kemuliaan Ramadan, penganjuran kali keenam program yang dulunya dikenali sebagai Festival Ramadan menerima sambutan hangat daripada masyarakat.

Berkongsi cerita dengan sukarelawan tahun kedua Iftar@KL, warga Amerika Syarikat, Berney Tower mengakui seronok menimba pengalaman baru ketika bertugas di Dataran Merdeka.

Tertarik dengan intipati program dan ingin melakukan sesuatu yang luar biasa, Berney mendaftarkan diri sebagai sukarelawan bermula 2016 diikuti tahun ini.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Disiarkan pada: June 11, 2017 @ 12:59am
d